suria

Berpisah Selepas 19 Tahun Berkahwin

BEKAS penyanyi kumpulan Eternal, Louise dan suaminya yang juga bekas bintang bola sepak Liverpool, Jamie Redknapp bercerai secara rasmi pada Jumaat.

The Sun melaporkan pasangan terbabit yang berkahwin selama 19 tahun akan diberi perintah nisi di Mahkamah Keluarga London setelah mereka berpisah secara rasmi sekali gus menamatkan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka pada Oktober lalu.

Difahamkan kedua-duanya dijangka mencapai kata sepakat dalam isu penjagaan kedua-dua anak lelaki mereka, Charley, 13, dan Beau, 9.

Louise, 43, mengesahkan telah berpisah dengan Jamie pada Oktober lalu.

Malah, Louise mendedahkan dia hilang identitinya selepas berkahwin dengan Jamie.

Bercakap kepada Telegraph, Louise berkata dia mahu mengembalikan dirinya yang sebenar selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk menggembirakan hati orang lain.

Louise dan Kevin bergandingan dalam pertandingan tarian yang disiarkan stesen televisyen Britain.

Louise berkata perkara paling sukar adalah apabila terpaksa keluar dari rumah ketika masih ada perasaan cinta terhadap bekas suaminya itu.

"Dia lelaki yang hebat dan kami mempunyai 20 tahun menakjubkan bersama-sama. Saya tahu dia cuba memahami bahawa saya perlu melakukan perkara ini," kata Louise.

Khabar angin mengenai perpisahan mereka bertiup kencang selepas Louise didakwa melantik bekas rakan tarinya, Kevin Clifton sebagai koreografer rasmi untuk penampilan semulanya di pentas hiburan.

Malah kedua-dua dilihat menghabiskan masa bersama di sebuah bar di London minggu lalu.

Difahamkan isteri Kevin, Karen turut menghubungi Jamie untuk memberitahu mengenai hubungan suaminya dengan Louise.

Kevin dan Karen berkahwin pada Julai 2015 tetapi hubungan mereka dilaporkan mula berantakan sejak awal tahun ini.

Jamie Redknapp, cerai

Artikel Sebelum

V Shem Azam Lebih Konsisten

Artikel Berikut

Artikel Lain