suria

Wenger Tak Takut

ARSENE Wenger mengakui dia tidak sekalipun takut kehilangan Alexis Sanchez yang akan tamat kontraknya bersama Arsenal hujung musim ini.

Sejurus selepas Sanchez menjaringkan dua gol ke atas Crystal Palace malam Khamis, pengurus Arsenal itu diajukan soalan mengenai perasaannya jika kehilangan khidmat bintang Chile berkenaan bulan depan.

"Saya tak takut tetapi ia akan menjadi subjek yang timbul kerana keadaan kontraknya.

"Secara keseluruhan ia adalah kemenangan yang menyakinkan walaupun babak kedua lebih sukar berbanding yang pertama. Kami mendapat suntikan semangat untuk menjaringkan dua gol berharga dan dari situ kami tidak berputus asa.

"Kami datang ke sini dan ia perlawanan sukar untuk sesiapa sahaja di dalam liga. Kami kelihatan bergelut tetapi berjaya beraksi dengan cemerlang," katanya.

Sementara itu, Wenger kini boleh menarik nafas lega apabila Jack Wilshere memberi jaminan akan memperbaharui kontraknya di Emirates.

"Kita tunggu dan lihat bila dia (Wenger) akan bercakap dengan saya tetapi saya yakin ia (kontrak) akan dipersetujui," kata pemain tengah itu sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, Arsenal mengatasi Crystal Palace 3-2 menerusi jaringan Shkodran Mustafi dan dua gol sumbangan Sanchez.

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Kim Swee Gugur Tiga Pemain

Artikel Berikut

Artikel Lain