suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Tawar 70 Juta, Mkhitaryan Demi Dybala

MANCHESTER United telah mengemukakan bidaan sebanyak 70 juta pound sterling terhadap bintang Juventus Paulo Dybala termasuk menawarkan khidmat pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan.

Jose Mourinho begitu terdesak untuk memperkukuhkan pasukannya dan telah mengenal pasti bintang Argentina itu sebagai sasaran utama bulan depan.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa apabila meledak 15 gol dalam 27 penampilan bersama Juventus dalam semua perlawanan.

Juventus enggan melepaskan Dybala tetapi pemain itu mahukan cabaran baharu pada musim akan datang.

United nyaris mendapatkan khidmat bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann pada musim panas lalu tetapi tumpuan Red Devils kini beralih kepada Dybala.

The Sun mendakwa Juventus telah menolak bidaan pertama United.

Kelab gergasi Serie A itu tidak berminat dengan tawaran membabitkan Mkhitaryan.

Mkhitaryan, 28, tidak lagi menjadi pemain pilihan Mourinho dan hanya diturunkan ketika United tewas 0-1 kepada Chelsea, 5 November lalu.

Paulo Dybala, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain