Vingada Buat Beberapa Perubahan - Sukan | mStar

Vingada Buat Beberapa Perubahan

Vingada menjalani latihan rasmi di Stadium i-mobile pada Ahad menjelang pertemuan dengan Korea Utara pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019, malam Isnin. fotoBERNAMA

BURIRAM: Harimau Malaya akan membuat beberapa perubahan dalam pasukan bagi pertemuan pusingan kedua Kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara selepas tewas 1-4 kepada pasukan bimbingan Jorn Andersen itu dalam perlawanan pertama dua hari lalu.

Ketua jurulatih Nelo Vingada berkata perubahan itu penting memandangkan beberapa pemain masih cedera serta belum pulih daripada keletihan.

“Ramai pemain masih belum pulih daripada perlawanan pertama yang berlangsung kira-kira 48 jam lalu. Keadaan adalah sukar namun kami ada tanggungjawab untuk bermain dan bermain dengan baik. Kami rasa kami mampu bermain dengan baik,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium i-mobile, di sini Ahad.

Pada Isnin, pertemuan antara Malaysia dan Korea Utara akan bermula pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia).Menurutnya perlawanan dua hari lepas mendedahkan jurang besar kualiti dan standard antara Liga Malaysia dan perlawanan antarabangsa.

Perlawanan antara Malaysia dan Korea Utara kata beliau berlangsung dalam rentak pantas  yang pemain Malaysia tidak biasa.

“Mereka (pemain Malaysia) dipaksa berlari lebih pantas dan lama daripada yang mereka biasa dalam Liga Malaysia,” katanya, menambah rentak dan kualiti  liga tempatan Malaysia perlu ditambah baik dan setara dengan perlawanan antarabangsa.

Beliau menggambarkan Liga Malaysia sebagai ‘kereta biasa' manakala perlawanan antarabangsa adalah ‘kereta super'.

Bagaimanapun Vingada berkata beliau nampak peningkatan dalam kualiti dan standard perlawanan Liga Malaysia sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Mei lepas, namun masih banyak usaha perlu dilakukan.

Jurulatih berusia 64 tahun dari Portugal itu yang dikritik hebat susulan kekalahan Malaysia Jumaat lalu, yang keenam selepas dilantik, mengingatkan peminat Malaysia bahawa usaha untuk mengubah nasib bola sepak Malaysia mengambil masa dan tidak mengharapkan kejayaan dalam tempoh semalaman. - BERNAMA

Nelo Vingada

Artikel Sebelum

Keputusan Kelayakan Piala Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain