Neymar Tak Setaraf Messi, Sukar Disanjung - Sukan | mStar

Neymar Tak Setaraf Messi, Sukar Disanjung

-fotoAFP

PEMAIN pertahanan Celtic percaya Neymar tidak akan dihormati seperti bekas rakannya di Barcelona, Lionel Messi jika dia terus melakukan 'drama'.

Neymar adalah pemain bola sepak termahal dunia dengan nilai perpindahan €222 juta, tetapi pemain Paris Saint-Germain itu tidak akan menerima pujian seperti Messi, kecuali dia menghentikan dramanya yang berlebih-lebihan itu, kata Mikael Lustig.

Pemain antarabangsa Brazil itu meninggalkan Barcelona ke ibu negara Perancis pada musim panas ini untuk mencatatkan perpindahan rekod dunia.

Perpindahan itu dilakukan bertujuan untuk keluar dari bayang-bayang Messi dan rakan-rakan lain di Camp Nou dan membolehkan dia menyerlah dalam skuad lain.

Lustig, walaupun tidak mempersoalkan keupayaan pemain berusia 25 tahun itu telah memberi amaran tentang sikapnya yang mungkin akan membuatkan dirinya tidak akan disanjung sampai bila-bila, sebaliknya penyokong akan terus menyanjung sikap dan corak permainan Messi.

Selepas melihat Neymar melakukan 'diving' dalam pertembungan Liga Juara-Juara di Parkhead pada Selasa, Lustig berkata: "Sama macam Neymar biasa lakukan. Dia adalah pemain bola sepak yang sukar dipercayai, tetapi ada satu perkara yang kita lihat sebelum ini dan kita akan melihatnya lagi.

"Saya telah berkata sebelum ini bahawa ia adalah sebahagian daripada permainannya. Dia cuba untuk bertindak balas berlebih-lebihan untuk membuatkan bek lawan mundur. Kita akan melihatnya lagi dan lagi.

"Jika dia mahu disayangi seperti Messi, mungkin dia perlu menghentikannya." -goal.com

Neymar , Mikael Lustig

Artikel Sebelum

'Janji Kaki' Morata...

Artikel Berikut

Piala Malaysia: Baddrol Bakhtiar Yakin

Artikel Berkaitan

Demi Neymar, PSG Tawar Cavani €1 Juta

Maklumat Bayaran Neymar Bocor

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain