suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolong Kembalikan Costa!

PENYOKONG Chelsea terpaksa menunggu sehingga minit ke-74 untuk melihat Alvaro Morata beraksi meskipun ramai berharap dia sekadar memanaskan bangku simpanan selepas terlepas sepakan penalti ketika pasukan itu tewas kepada Arsenal pada aksi Perisai Komuniti, malam Ahad.

Morata yang dibawa masuk dari Real Madrid dengan perpindahan bernilai 70 juta pound sterling tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Conte memilih untuk menurunkan Michy Batshuayi yang mempamerkan aksi cemerlang pada aksi pra musim untuk mengetuai jentera serangan Chelsea.

Namun aksi hambar Chelsea pada babak pertama menyebabkan penyokong mendesak Conte untuk menggantikan Batshuayi dan menurunkan Morata.

Lebih mengejutkan, kebanyakan penyokong menggesa Conte untuk membawa masuk semula Diego Costa yang tidak begitu digemari pengendali Itali itu.

Selepas melihat prestasi hambar Morata, penyokong Chelsea mahu Conte memikirkan semula keputusannya terhadap masa depan Costa.

Malah, ada penyokong menggesa Conte supaya meminta maaf kepada Costa dan memanggilnya semula untuk memperkuat skuad The Blues.

Chelsea sudah pun membelanjakan sebanyak 150 juta pound sterling terhadap empat pemain pada musim panas ini iaitu Morata, Antinio Rudiger, Tiemoue Bakayoko dan Willy Caballero.

Diego Costa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klopp Dikhianati!

Artikel Lain