suria

Bapa Neymar Terlepas Bonus

Neymar dan bapanya.

BAPA Neymar terlepas menerima bayaran bonus daripada Barcelona.

Penyerang berusia 25 tahun itu berpindah ke paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan termahal dunia 198 juta pound (RM1.1 bilion).

Dia menerima kontrak lima tahun bersama kelab Ligue 1 itu serta bakal menerima gaji 30 juta pound setahun atau 596,000 pound seminggu selepas cukai.

Bagaimana pun, bapa Neymar yang menguruskan kerjayanya sejak berada di Santos tidak akan menerima bonus sebanyak 23.4 juta pound kerana tidak mencapai syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurut jurucakap Barca, Josep Vivas: "Kelab tidak akan membayar bonus kepada bapa Neymar.

"Terdapat tiga syarat yang ditetapkan iaitu pemain tidak boleh berunding perpindahan daripada kelab sepanjang bulan sebelum bonus dibayar, pemain perlu menunjukkan keinginan untuk memenuhi kontrak dan kami tidak akan membuat bayaran bonus sebelum 1 September, bagi memastikan jendela perpindahan ditutup.

"Kini kami sedar bahawa kesemua syarat itu tidak dicapai dan kami tidak akan membayar bonus."

Neymar, Barcelona

Artikel Lain