suria

Berada Di City Seperti Hidup Dalam Gua - Nolito

Nolito bersama anak perempuannya.

NOLITO mendakwa  berada di Manchester City seperti 'hidup di dalam gua'.

Jelas pemain berusia 30 tahun itu, sepanjang berada di England, wajah anak perempuan berubah warna kerana faktor cuaca.

"Wajah anak saya berubah warna. Dia kelihatan seperti berada di dalam gua," jelasnya kepada sebuah stesen radio Sepanyol.

Menurut Nolito, dia juga mengalami kesukaran belajar bahasa Inggeris.

"Saya hanya belajar sedikit sahaja. Ia sangat sukar. Hanya 'tomorrow', 'good', 'good morning', 'good afternoon' dan sedikit perkataan lain.

"Saya juga tidak rasa bahawa City mengharapkan aksi saya, berdasarkan apa yang mereka berikan sejak Januari lalu," kata Nolito.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu tiba di City lalu dengan nilai perpindahan 13.8 juta pound (RM76 juta) dari Celta Vigo.

Dia hanya menyumbat empat gol sepanjang tempoh berada di City dan hanya bergelar pemain simpanan menggantikan Jesus Navas ketika skuad di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Selain itu,  Vigo dan Real Betis berminat memanggil Nolito secara pinjaman.

Bagaimana pun Nolito dilaporkan telah berjumpa dengan pengarah Sevilla pada Selasa.

Katanya, dia bertemu dengan Oscar Arias secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di Sevilla.

Nolito, Man City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain