suria

Kvitova Kembali Semula Ke Gelanggang

Petra Kvitova.

PETRA Kvitova kembali semula ke gelanggang selepas pulih daripada kecederaan serius akibat diserang menggunakan pisau di apartmennya di Republik Czech pada Disember lalu.

Akibat serangan itu, Kvitova yang juga juara dua kali kejohanan Wimbledon terpaksa menjalani pembedahan di tangan kirinya.

Gambar dimuatnaik Kvitova menerusi laman Instagramnya.

Pemain No.15 dunia itu memuatnaik gambar dia sedang berlatih di Monaco menerusi laman Instagramnya.

"Hai semua. Saya harap gambar ini membuatkan anda gembira seperti saya!," tulisnya dalam kapsyen gambar itu.

Gambar itu dimuatnaik hanya dua minggu selepas Kvitova mendedahkan dia tidak menolak akan beraksi pada Terbuka Perancis bulan ini.

Petra Kvitova

Artikel Lain