suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium 'Baharu' Chelsea Hanya Siap 2023

HASRAT Chelsea untuk beraksi di stadium baharu mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga 2023 daripada tarikh asal.

Stadium Stamford Bridge yang dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak 500 juta pound dijadualkan dibuka semula pada Ogos 2021.

Walaupun kerja menaik taraf stadium itu mendapat lampu hijau daripada Datuk Bandar London, Sadiq Khan Mac lalu, timbul isu pada struktur bangunan melibatkan laluan landasan kereta api di bawah tanah.

Tapak pembinaan stadium itu agak rumit kerana ia melibatkan laluan kereta api bawah tanah di utara dan timur dengan hanya ada satu laluan keluar.

Dan The Blues percaya proses naik taraf stadium itu akan menyebabkan pasukan tersebut beraksi di tempat lain selama empat tahun.

Kerja naik taraf hanya akan bermula tahun depan dengan Chelsea berpindah keluar pada hujung musim 2018-2019.

Walaupun Stadium Wembley kekal sebagai gelanggang sementara pilihan utama Chelsea, pasukan itu akan terus meneliti beberapa lokasi di dalam M25 termasuk Stadium London di West Ham.

Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira Chelsea mengenai gelanggang sementara mereka ketika stadium baharu itu dalam pembinaan.

Namun terdapat kemungkinan Chelsea akan menggunakan pelbagai gelanggang sepanjang tempoh empat tahun itu.

Chelsea, Stamford Bridge

Artikel Berikut

Artikel Lain