suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Man United Dilarang Muat Naik Aktiviti Bilik Persalinan Di Media Sosial

Ander Herrera ditegur apabila memuat naik gambar bersama Juan Mata di dalam bilik persalinan, di media sosial.

BINTANG Manchester United diberi amaran supaya tidak menyiarkan gambar dan video di dalam bilik persalinan kelab itu di media sosial.

Ander Herra merupakan pemain yang terbaharu diingatkan mengenai peraturan tersebut minggu lalu selepas memuat naik klip pendek mengenakan kek ke muka Juan Mata sempena hari ulang tahun kelahiran rakannya itu yang ke-29.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan kesemua bintang sukan itu perlu jelas terhadap larangan media sosial di dalam kawasan sulit mereka.

Dua pemain, Jesse Lingard dan Paul Pogba sebelum ini ditegur kerana memuat naik video mereka menari di Carrington.

Larangan itu dikatakan berpunca dari gambar semasa pengurus terdahulu, Louis van Gaal membabitkan seorang pemain sedang menerima rawatan sekaligus mendedahkan berita mengenai kecederaan berkenaan. - Mail Online

Artikel Lain