suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara-Juara: Hatrik Ronaldo Tewaskan Atletico

Aksi Ronaldo sewaktu menjaringkan gol buat Real Madrid ketika menentang Atletico Madrid. Foto AFP

REAL Madrid melangkah setapak lagi ke perlawanan akhir selepas menewaskan Atletico Madrid dengan 3-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Cristiano Ronaldo melakar jaringan hatrik membantu Real Madrid mengatasi Atletico Madrid.

Ronaldo meraih tiga jaringan itu pada minit ke-10, 73' dan 86'.

Gol pertama Ronaldo dicatat dalam perlawanan yang baharu berlangsung selama 10 minit di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid.

Atletico Madrid nampaknya mengalami kesulitan mengatasi Real Madrid yang terus mendominasi permainan.

Real Madrid akhirnya memastikan kemenangan 3-0 ke atas Atletico Madrid setelah Ronaldo membolosi gawang Jan Oblak sebanyak tiga kali berturut-turut.


Artikel Berikut

Artikel Lain