suria

Liga Juara-Juara: Real Jumpa Atletico Di Separuh Akhir

JUARA bertahan, Real Madrid akan bertemu seteru setempat, Atletico Madrid pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara, sekali gus menyaksikan ulangan semula perlawanan musim lalu.

Gergasi Itali, Juventus pula diundi menentang Monaco untuk merebut slot ke final di Cardiff.

Real merupakan pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan Eropah itu tetapi Juventus dilihat sebagai pencabar sengit kerana mereka sudah tentu ingin menamatkan penantian selama 21 tahun selepas menundukkan Barcelona di suku akhir.

Atletico Madrid yang terlepas slot ke final selepas tewas pada aksi separuh akhir musim lalu juga pasti berjuang untuk meneruskan kemaraan mereka.

Sementara itu, kejayaan Monaco sehingga ke peringkat ini tidak perlu diperlekehkan kerana mereka berjaya mengejutkan Borussia Dortmund dan Manchester City.

Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada 2 dan 3 Mei ini manakala pusingan timbal balik seminggu kemudian iaitu pada 9 dan 10 Mei.

Aksi final pula akan diadakan di Cardiff pada 3 Jun.

Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain