Ketiadaan Dua 'Awang' Import Jejas T-Team - Sukan | mStar

Ketiadaan Dua 'Awang' Import Jejas T-Team

Farhod Tadjiyev.

KUALA TERENGGANU: Ketiadaan dua tonggak import sedikit menjejaskan persiapan pasukan T-Team apabila bertemu Selangor dalam aksi Liga Super di gelanggang sendiri, minggu depan.

Ia berikutan ''awang'' import pasukan itu Farhod Tadjiyev dan Dilshod Sherofetdinov terpaksa pulang ke Uzbekistan untuk memperbaharui visa yang akan tamat tempoh, dan terlepas daripada mengikuti sesi latihan sepanjang menguruskan visa di negara kelahiran mereka.

Ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan bagaimanapun yakin kedua-dua pemain berkenaan sempat beraksi pada perlawanan itu nanti.

"Mereka terpaksa pulang ke negara mereka, Ahad lalu untuk satu tempoh mungkin seminggu atau lebih seminggu...saya tidak pasti. Ia sedikit merencatkan persiapan pasukan dan merisaukan kita," katanya kepada pemberita, di sini.

Situasi berkenaan jelas menambah keresahan pengendali dari Indonesia itu terhadap tahap kecergasan dua tonggak importnya itu, lebih-lebih bagi menghadapi Selangor.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan prestasi seorang lagi pemain import, Mamadou Samassa, 31, yang mula menunjukkan keserasian bersama rakan sepasukan.

"Malah, beliau juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di negara ini," katanya.

Sementara itu, Rahmad menuntut barisan pemainnya supaya kekal fokus bagi memburu tiga mata penuh apabila bertemu Selangor, kelak. - BERNAMA

T-Team , awang import

Artikel Sebelum

Jurulatih Spurs B-23 Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M