suria

Aksi Mourinho Cium 'Tangkal' Cetus Persoalan

MOURINHO mencium 'tangkal' beberapa minit sebelum Rashford menjaringkan gol kemenangan. - Sumber BT Sport

KEMENANGAN Manchester United ke atas kelab Belgium, Anderlecht pada awal pagi Sabtu untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir Liga Europa, dikaitkan dengan penggunaan 'sihir' oleh pengurusnya sendiri.

Ini kerana bos Red Devils, Jose Mourinho dikesan mengeluarkan dan mencium 'tangkal' beberapa minit sebelum bintang muda kelab itu, Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan selepas perlawanan tersebut diheret ke masa tambahan.

Aksi tersebut dirakamkan pada aksi separuh kedua masa tambahan apabila Mourinho dilihat mengeluarkan objek kecil dari poketnya.

Kemudian pengurus kelahiran Portugal itu merenung objek berkenaan sebelum mengangkat dan mencium 'tangkal' tersebut sebelum menyimpannya semula.

Tidak lama kemudian, Rashford menjaringkan gol kemenangan untuk membantu United mara ke separuh akhir Liga Eropah dengan keputusan agregat 3-2.

'Tangkal' itu dipercayai merupakan buku kecil ekoran kelihatan tulisan dia atasnya.

Mourinho bagaimanapun tidak menyentuh perkara tersebut pada sidang media selepas perlawanan itu berakhir.

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain