suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Spurs B-23 Meninggal Dunia

Ugo Ehiogu.

LONDON: Bekas pemain England dan juga pertahanan Aston Villa, Ugo Ehiogu meninggal dunia pada usia 44 tahun akibat serangan jantung.

Berita kematiannya disahkan Tottenham Hotspur di mana Ehiogu merupakan jurulatih bagi pasukan bawah 23 tahun (B-23) kelab tersebut.

Ehiogu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di padang pasukan itu pada Khamis.

Dia kemudiannya menerima rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

"Berita kematiannya amat mengejutkan dan menyedihkan kami semua. Kehadiran Ugo tiada galang ganti," kata Ketua Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Tottenham, John McDermott.

Ehiogu menamatkan kariernya bersama Aston Villa dengan memenangi Piala Liga pada 1996 dan mewakili England dalam empat perlawanan.

Dia menyertai unit kejurulatihan Spurs pada 2014.

Ugo Ehiogu, Tottenham Hotspur, B-23

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain