Skuad Malaysia Cougars Juarai Piala Supermokh - Sukan | mStar

Skuad Malaysia Cougars Juarai Piala Supermokh

KUALA LUMPUR: Skuad Malaysia Cougars muncul juara Piala Supermokh Bawah 14 tahun (B-14) selepas menewaskan wakil dari Portugal, Sporting CP, 1-0 dalam aksi final di Padang D Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Ahad.

Anak buah Lim Teong Kim itu beraksi cemerlang sebaik wisel dibunyikan dan perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Jaringan tunggal Luqman Hakim Shamsuddin di penghujung separuh masa kedua memastikan wakil dari Malaysia itu muncul juara mengatasi Sporting CP.

Teong Kim yang merupakan ketua jurulatih skuad Malaysia Cougars, ternyata berpuas hati dengan corak bertahan yang ditampilkan anak buahnya.

"Walaupun kubu kita diasak berulang kali, mereka tetap bertahan dengan baik dengan sekali sekala melancarkan serangan balas.

"Tidak dinafikan penjaga gol kita, Sikh Izhan Nazrel berada di kelas tersendiri dan beliau beraksi dengan cukup cemerlang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut hadir menyaksikan perlawanan berkenaan bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi.

Khairy berkata kejohanan berkenaan menjadi platform ujian yang mencabar bagi pasukan remaja B-12 dan B-14 negara.

"Kejohanan itu mendapat penyertaan dari kelab-kelab ternama dunia seperti Paris St Germain dari Perancis, Manchester City (England) dan Sao Paulo (Brazil).

"Saya lihat Piala SuperMokh ini menepati objektif dengan memberi pendedahan kepada bakat-bakat muda terutamanya skuad elit Akademi Bola Sepak Negara," katanya.

Piala Supermokh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain