suria

TMJ Diiktiraf Ahli Kehormat WFS

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA: Selepas dijemput berucap pada Persidangan Bola Sepak Dunia (WFS) yang berlangsung di Sepanyol bulan lalu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat penghormatan tertinggi apabila diiktiraf sebagai ahli kehormat badan dunia itu.

Malah persidangan antarabangsa berkenaan yang dihadiri jurucakap kelab terkemuka di seluruh dunia turut mencadangkan kepada pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu agar WFS diadakan di negeri tersebut pada masa akan datang.

"Selepas mendapat jemputan untuk menghadiri dan berucap di persidangan WFS di Sepanyol tempoh hari, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menerima pengiktirafan tertinggi selaku Ahli Kehormat WFS.

"Persidangan antarabangsa WFS yang dihadiri oleh jurucakap dari beberapa kelab besar seluruh dunia ini juga bakal diadakan di Johor pada masa akan datang selepas ahli panel tertinggi WFS mencadangkannya kepada Tunku Ismail.

"Ia sekali gus memberi pengiktirafan kepada JDT di mata dunia apabila persidangan yang pastinya dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dan berpengaruh dalam sukan bola sepak diadakan disini bagi membincangkan kemajuan bola sepak sesama mereka," demikian kata satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers pagi Rabu.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT, WFS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain