suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

QPR Pecat Hasselbaink

QUEENS Park Rangers (QPR) mengesahkan mereka sudah 'berpisah' dengan Pengurus Jimmy Floyd Hasselbaink yang mengambil alih kelab itu pada Disember tahun lalu.

Pengurus dari Belanda itu hanya mengemudi kelab tersebut memenangi 14 daripada 47 perlawanan Liga Kejuaraan England.

Hasselbaink dipecat selepas QPR terikat 1-1 dengan Nottingham Forest pada Sabtu yang meletakkan pasukan di tempat ke-17, tujuh mata di atas pasukan yang menduduki zon penyingkiran.

QPR berkata pengumuman mengenai situasi pengurusan kelab itu hanya akan dilakukan dalam masa terdekat.

Bekas pengurus Tottenham yang juga pengurus Aston Villa, Tim Sherwood dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Pada bulan lalu, Hasselbaink disiasat berhubung dakwaan rasuah dalam bola sepak yang didedahkan akhbar Daily Telegraph.

Namun QPR mempertahankan bekas pengurus Burton itu dengan berkata kekurangan bukti yang kukuh daripada akhbar tersebut menyebabkan siasatan ditutup.





QPR, Jimmy Floyd Hasselbaink

Artikel Sebelum

Aubameyang Ledak Empat Gol

Artikel Berikut

Artikel Lain