suria

Aubameyang Ledak Empat Gol

Aubameyang meraikan jaringannya.

HANYA beberapa hari diketepikan dari skuad Borussia Dortmund untuk saingan Liga Juara-Juara menentang Sporting, Pierre-Emerick Aubameyang kembali beraksi pada malam Sabtu, menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-2 ke atas Hamburg.

Aubameyang terlepas perlawanan di Eropah selepas digugurkan atas 'sebab-sebab dalaman' dipercayai ada kaitan dengan kunjungan ke Milan yang menyebabkan dia sampai lewat untuk sesi latihan menjelang pertembungan menentang Sporting.

Penyerang berusia 27 tahun itu mencipta hatrik dalam tempoh 30 minit sebelum meledak gol keempat pada babak kedua.

Pemain muda berbakat, Ousmane Dembele menambah gol kelima selepas minit ke-76.

Ia merupakan kemenangan kelima Dortmund dalam 10 perlawanan setakat ini.

Pendahulu Bundesliga, Bayern Munich pula terikat seri 1-1 dengan Hoffenheim pada Sabtu.

Anak buah Carlo Ancelotti lebih agresif pada babak kedua dengan percubaan Mats Hummels dan Thomas Mueller terkena palang tetapi Hoffenheim berjaya mengikat kedudukan.

"Kami ada beberapa masalah dan tidak boleh membebaskan diri daripada tekanan Hoffenheim.

"Kami lebih baik pada separuh masa kedua. Kemenangan adalah berdasarkan peluang yang kami ada. Namun itulah bola sepak. Ada kalanya anda tidak bernasib baik," kata Ancelotti.


 

Artikel Sebelum

JDT Tak Halang Pemain Berhijrah

Artikel Berikut

QPR Pecat Hasselbaink

Artikel Lain