suria

JDT Tak Halang Pemain Berhijrah

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak menghalang mana-mana pemainnya termasuk pemain import untuk berhijrah ke kelab lain.

Presidennya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim mendedahkan kelab tersebut menerima panggilan dari pasukan yang berpangkalan di Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain import JDT.

"Saya ingin menyatakan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan menyekat pemain kami jikalau mereka ingin berhijrah ke kelab lain termasuk pemain luar negara," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tunku Aminah, beliau bersedia melepaskan pemain tersebut jika harga yang ditawarkan lumayan kerana salah satu polisi JDT adalah membuat duit untuk kelab.

"Oleh sebab itu kami sentiasa mempunyai pemain luar negara yang muda dan berbakat kerana ia akan memberi kepentingan dan keuntungan kepada kelab pada masa akan datang," katanya.

JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super 2016 selepas menundukkan Terengganu 3-0 pada 9 September lalu.

Kejayaan itu turut menyaksikan pasukan yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu mencatat sejarah baharu arena bola sepak tanah air sebagai pasukan pertama merangkul kejuaraan Liga Super tiga tahun berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016. 




Artikel Berikut

Aubameyang Ledak Empat Gol

Artikel Lain