suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pacquiao Tewaskan Vargas, Juarai Kategori Welterweight

Pacquiao muncul juara kategori welterweight WBO di Las Vegas.

BINTANG tinju Filipina, Manny Pacquiao dinobatkan sebagai juara kategori welterweight pada kejohanan Oraganisasi Tinju Dunia (WBO) buat kali ketiga apabila pengadil sebulat suara memutuskan kemenangannya ke atas Jesse Vargas selepas membuat penampilan semula pada Sabtu.

Pacquiao yang mengumumkan persaraannya tujuh bulan lalu menewaskan Vargas pada pusingan kedua di Arena Thomas & Mack Center, Las Vegas.

Petinju berusia 37 tahun itu menang dengan keputusan 114-113 dan 118-109 (dua kali) sekali gus merampas kembali tali pinggang yang pernah menjadi miliknya.

Vargas yang 10 tahun lebih muda dari Pacquiao memenangi kejohanan WBO pada April apabila menewaskan Sadam Ali di Washington.

Pacquiao berkata dia gembira dengan kemenangan tersebut.

"Saya amat gembira dengan prestasi saya. Saya rasa bertenaga. Saya berasa hebat dalam setiap pusingan," katanya.

Pada Mei lalu Pacquiao dipilih sebagai ahli Dewan Senat Filipina selepas memperoleh kejayaan besar dalam karier politiknya.

Juara welterweight dunia itu antara 12 ahli Dewan Senat atau senator yang dipilih.

Artikel Sebelum

Dhabitah Gemuruh Hadapi SPM

Artikel Lain