suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelantan Pertahan Piala Presiden Musim Kedua

Kesebelasan utama Kelantan yang beraksi pada Piala Presiden. foto - Facebook TRWFC

KUALA TERENGGANU: Kelantan berjaya mempertahankan kejohanan bola sepak Piala Presiden untuk musim kedua berturut-turut selepas mengalahkan T-Team 2-0 pada final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Selasa.

Kemenangan itu memastikan Kelantan yang dikendalikan bekas pemainnya, Hashim Mustapha, menang dengan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada final pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.

Pada aksi malam Selasa, Kelantan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-40 menerusi jaringan Muhamad Raihan Mohd Huzaiz di dalam kotak penalti.

Sebaik sahaja aksi separuh kedua dimulakan, kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi Muhammad Danial Ashraf Abdullah mengesahkan kejuaraan Kelantan menerusi rembatan kencang pada minit ke-81.

Exco Sukan negeri, Datuk Rozi Mamat menyampaikan Piala Presiden serta wang tunai berjumlah RM150,000 kepada kapten Kelantan, Muhamad Faris Shah Mohd Rosli manakala T-Team meraih RM100,000 selaku naib juara. - BERNAMA


Kelantan, Piala Presiden

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain