suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Penyertaan Chong Wei Belum Dapat Dipastikan

Datuk Lee Chong Wei
PARIS: Penyertaan Datuk Lee Chong Wei dalam Terbuka Perancis yang akan bermula pada Rabu, masih tidak dapat dipastikan.

Pemain nombor satu dunia itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang dialaminya ketika turun dalam perlawanan suku akhir Terbuka Denmark menentang pemain Perancis, Brice Leverdez minggu lepas.

Jurulatih negara, Hendrawan berkata mereka akan membuat keputusan sebelum pusingan pembukaan bermula pada Rabu, dengan Chong Wei selaku pilihan utama ditetapkan untuk berdepan pemain Taiwan Hsu Jen-hao.

"Saya, Chong Wei, fisioterapi kami Sandra Fielder telah buat perbincangan hari ini. Sandra menyatakan bahawa Chong Wei tidak boleh bergerak seperti biasa," kata Hendrawan.

"Kami akan terus merawatnya malam ini dan memberikannya latihan ringan. Jika pergerakannya lebih baik, dia akan bermain...tetapi jika sebaliknya, namanya akan dikeluarkan.

"Harap-harap dia akan berasa lebih baik esok."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain