suria

Van Gaal Akui Bimbang Dipecat

LOUIS Van Gaal mengakui bimbang jika dipecat selepas Manchester United tewas 2-1 kepada Norwich City di Old Trafford pada Sabtu.

Gol daripada Cameron Jerome  dan Alexander Tettey bukan sahaja menimbulkan kegusaran buat Van Gaal, tetapi sekali lagi melakar sejarah buruk kepada United.

Kali terakhir United tewas kepada Norwich di Old trafford ialah sekitar 80-an, dan kini memori pahit itu berulang.

Gol tunggal United dijaringkan pemain termuda di atas padang iaitu Anthony Martial.

Tekanan terhadap Van Gaan berhubung prestasi tidak menentu United semakin meningkat selepas bekas anak didiknya, Jose Mourinho dipecat oleh Chelsea.

Selain itu, terdapat khabar angin bahawa Mourinho merupakan calon yang akan menggantikan Van Gaal dalam tempoh terdekat.

Kekalahan itu merupakan yang ketiga berturut-turut termasuk dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain