suria

Fabregas Dan Costa Dicemuh Penyokong Chelsea

DUA bintang Chelsea dari Sepanyol iaitu Cesc Fabregas dan Diego Costa dicemuh oleh penyokong kelab itu berikutan pemecatan Jose Mourinho.

Selain kain rentang yang mengutuk dua pemain berkenaan, Fabregas dan Costa turut 'diboo' ketika nama mereka disebut sebelum perlawanan menentang Sunderland pada Sabtu.

Akibat pemecatan Mourinho, barisan pemain Chelsea dalam perlawanan itu ditentukan oleh jurulatih baru iaitu Guus Hiddink yang turut dibantu oleh Didier Drogba.

Dalam perlawanan sulung tanpa Mourinho, Chelsea berjaya menewaskan lawan 3-1 selepas kalah dalam beberapa aksi sebelum ini.

Walaupun Mourinho dipecat kerana didakwa tidak sehaluan dengan pemain, namun penyokong Chelsea dilihat masih memberikan sokongan moral kepada jurulatih kelahiran Portugal berkenaan.

Tidak ketinggalan kain rentang yang mencela Eden Hazard selepas dia antara pemain yang dikatakan mahu Mourinho dipecat.

Fabregas, Costa dan Hazard merupakan pemain yang dibawa oleh Mourinho ke Chelsea.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Van Gaal Akui Bimbang Dipecat

Artikel Lain