suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Nama Disebut Bakal Menggantikan Louis Van Gaal

KHABAR Angin mengenai pemecatan Louis Van Gaal sebagai jurulatih Manchester United semakin 'kencang' apabila lima nama disebut bakal  menggantikan pengendali kelahiran Belanda tersebut.

Pemecatan Van Gaal dikatakan akan berlaku dalam tempoh terdekat selepas United tewas buat kali ketiga berturut-turut ketika menentang Norwich City pada Sabtu.

Dalam perlawanan itu, United tewas 2-1 di Old Trafford yang menjadi venue keramat pasukan berkenaan.

Antara nama yang disebut akan menggantikan Van Gaal ialah Jose Mourinho  yang dipecat Chelsea pada minggu ini.

Selain itu ialah penolong Van Gaal iaitu Ryan Giggs, Carlo Ancelotti dan Gary Neville yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih Valencia.

Pep Guardiola yang mengumumkan untuk meninggalkan Bayern Munich turut dikaitkan dengan jawatan yang disandang Van Gaal ketika ini.

Namun Manchester City hampir mengesahkan bahawa pasukan itu akan mendapatkan Guardiola.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain