suria

Kelayakan Piala Dunia 2018: Aksi Argentina-Brazil Ditunda

PERLAWANAN pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Argentina dan Brazil terpaksa ditunda selepas Stadium Monumental Antonio Vespucio Liberti di Buenos Aires dipenuhi air gara-gara dilanda hujan lebat sebelum itu.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Khamis malam ditunda kepada Jumaat malam.

Penangguhan perlawanan itu tidak memberi masa rehat kepada pasukan tuan rumah apabila mereka memenuhi waktu itu dengan bermain bola keranjang bagi memastikan tahap kecergasan terus berada dalam keadaan memuaskan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain