suria

Vieira Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih New York City FC

BEKAS kapten Arsenal, Patrick Vieira dilantik mengetuai barisan jurulatih kelab New York City FC dalam aksi Liga Bola Sepak Utama (MLS).


Viera dilaporkan telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan tugasnya bermula 1 Januari 2016 menjelang saingan pra musim kedua kempen MLS.

Bekas pemain antarabangsa Perancis berusia 39 tahun itu melengkapkan 107 kap bersama negaranya dan mencatat 279 penampilan dengan The Gunners sebelum ini.

Vieira sebelum ini merupakan jurulatih remaja dan skuad simpanan ‘ibu’ kelab New York iaitu Manchester City.

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain