suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Sociedad Pecat David Moyes, Billy McKinlay

REAL Sociedad mengesahkan telah memecat David Moyes sebagai pengurus kelab tersebut.


Bekas pengendali Everton dan Manchester United itu dilantik menguruskan kelab liga Sepanyol itu pada 10 November 2014.

“Real Sociedad membuat keputusan menamatkan kontrak jurulatih pasukan utama, David Moyes. Pembantunya Billy McKinlay juga dilepaskan dari kelab.

“Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada David Moyes dan Billy McKinlay di atas tugas profesional dan dedikasi sepanjang berada di sini dalam mengendalikan skuad utama.”

Sociedad tewas empat dalam lima perlawanan terakhir musim ini sekaligus berada di kedudukan ke-16 liga.

Jumaat lalu, kelab ini tewas 2-0 kepada Las Palmas yang membawa kepada pemecatan ini.

Pengurus berusia 52 tahun itu dijangka akan kembali mengintai pasukan dalam liga Inggeris selepas ini.

Kerjaya Moyes tidak berjalan lancar setelah berpindah ke Manchester United menggantikan Sir Alex Ferguson setelah 11 tahun menguruskan Everton.

Namun hanya sembilan berada di Old Trafford, Moyes dipecat pada 22 April 2014 sebelum ke Real Sociedad.

David Moyes, Real Sociedad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain