suria

Pemain Sweden, Korea Selatan Jalani Ujian Sertai Melaka United

Mat Zan Mat Aris

MELAKA:  Dua pemain dari Sweden dan Korea Selatan bakal menjalani ujian latihan dan pemilihan yang akan diadakan minggu hadapan untuk menyertai Melaka United (MU) menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.   

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pemain tersebut adalah Labinot Harbuzi (pemain tengah) dari Sweden dan Shin Jae-pil (Korea Selatan) untuk posisi pertahanan.   

Beliau berkata pada masa sama bekas pemain tengah Paris Saint German (PSG), Selim Benachour dan penyerang Trinidad dan Tobago, Jonathan Glenn hampir pasti beraksi bersama MU dalam persaingan liga tersebut.   

"Selim dan Jonathan berjaya memikat perhatian Ketua Jurulatih MU, Mat Zan Mat Aris dan kita hampir pasti menggunakan khidmat kedua-dua mereka.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan dari pihak pengurusan Jonathan kerana ia melibatkan isu perpindahannya," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata pengambilan kesemua pemain import dapat menyumbang ke arah kecemerlangan MU dalam liga akan datang.

Melaka United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain