suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

James Milner Tersingkir Daripada Skuad England

James Milner
LONDON: Pemain tengah Liverpool, James Milner telah menarik diri daripada skuad England untuk perlawanan persahabatan akan datang menentang Sepanyol dan Perancis kerana kecederaan, umum Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) pada Selasa.

Pemain berusia 29 tahun itu yang dipercayai mengalami kecederaan hamstring, tidak akan diganti dalam skuad Roy Hodgson, yang mana pemainnya telah dikurangkan kepada 22 pemain.

FA mengumumkan perkara ini tidak lama selepas skuad England tiba di Alicante menjelang persahabatan menentang Sepanyol pada Jumaat.

Skuad Hodgson juga akan menentang tuan rumah Euro 2016, Perancis di Wembley Selasa depan.

Skuad England

Penjaga gol: Jack Butland (Stoke City), Joe Hart (Manchester City), Tom Heaton (Burnley)

Pertahanan: Ryan Bertrand (Southampton), Gary Cahill (Chelsea), Nathaniel Clyne (Liverpool), Kieran Gibbs (Arsenal), Phil Jones ( Manchester United), Chris Smalling (Manchester United), John Stones (Everton), Kyle Walker (Tottenham Hotspur)

Pemain tengah: Dele Alli (Tottenham Hotspur), Eric Dier (Tottenham Hotspur), Ross Barkley (Everton), Michael Carrick (Manchester United), Fabian Delph (Manchester City), Adam Lallana (Liverpool), Jonjo Shelvey (Swansea City / WAL), Raheem Sterling (Manchester City)

Penyerang: Harry Kane (Tottenham Hotspur), Wayne Rooney (Manchester United), Jamie Vardy (Leicester City)

Artikel Lain