F1: Hamilton Lakar Kemenangan Ke-9 Musim Ini Di Sochi - Sukan | mStar

F1: Hamilton Lakar Kemenangan Ke-9 Musim Ini Di Sochi

Lewis Hamilton bersalam dengan presiden Rusia, Vladimir Putin selepas menjuarai perlumbaan GP Rusia pada Ahad. Foto: Getty Images

LEWIS  Hamilton terus melakar kemenangan kesembilan musim ini dengan mempertahanankan trofi juara Formula Satu (F1) Grand Prix Rusia di Litar Antarabangsa Sochi pada Ahad.

Pelumba Mercedes itu menggunakan peluang menguasai perlumbaan selepas rakan sepasukannya Nico Rosberg yang mendahului barisan pelumba sebelum itu terpaksa menarik diri kerana mengalami masalah teknikal.

Hamilton merakamkan kemenangan dengan masa terpantas 1 jam 37'11.024.

Rosberg mengadu pedal jenteranya rosak sekaligus terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal.

Sementara itu, pelumba Ferrari Sebastian Vettel meraih tempat kedua manakala Sergio Perez dari pasukan Force India menduduki tempat ketiga sebelum berdepan dengan cabaran penuh dramatik dari Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen.

Raikkonen yang bekerja keras merebut tempat ketiga turut terkeluar daripada saingan selepas jenteranya terbabas keluar trek.

Keputusan penuh perlumbaan F1 Grand Prix Rusia:

1.Lewis Hamilton 1h 37' 11.024

2. Sebastian Vettel+ 5.953

3. Sergio Pérez + 28.918

4. Felipe Massa+ 38.831

5. Kimi Räikkönen+ 42.358

6. Daniil Kvyat + 47.566

7. Felipe Nasr + 56.508

8. Pastor Maldonado+ 1 01.088

9. Jenson Button+ 1 19.467

10. Fernando Alonso+ 1 26.210

11.Max Verstappen+ 1 28.424

12.Valtteri Bottas 1 lap (DNF)

13. Roberto Merhi

14. Will Stevens

15. Daniel Ricciardo (DNF)

16. Carlos Sainz Jr (DNF)

17. Romain Grosjean (DNF)

18. Nico Rosberg

19.Marcus Ericsson(DNF)

20. Nico Hülkenberg0at 53 laps (DNF)

Lewis Hamilton , GP Rusia

Artikel Sebelum

Futsal AFF: Malaysia Benam Timor Leste 7-2

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Hamilton Nafi Sembur Putin 'Champagne'

Rosberg Yakin Boleh Tewaskan Hamilton

Artikel Lain