suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil Man United Tiba Di Barcelona Untuk Dapatkan Pedro

KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dilaporkan berada di Barcelona bagi mengikat penyerang Sepanyol, Pedro yang bernilai £22 juta.

Woodward diterbangkan ke Catalunya pada Isnin selepas Barcelona mengharungi perlawanan bertemu Athletic Bilbao di Nou Camp dalam saingan Piala Super Sepanyol.

Difahamkan, Old Trafford berharap Woodward dapat menyelesaikan misi kelab tersebut dan mengumumkan berita gembira berkenaan kepada peminat United.

Pengendali United, Louis van Gaal dikatakan telah menyediakan ruang untuk Pedro dalam skuad termasuk jersi nombor sembilan.

Pedro ingin meninggalkan Barcelona kerana tidak dipilih sebagai kesebelasan utama walaupun berjaya membantu pasukan berkenaan sebelum ini.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain