Sergio Ramos Tandatangan Kontrak Baru Bersama Real Madrid - Sukan | mStar

Sergio Ramos Tandatangan Kontrak Baru Bersama Real Madrid

PEMAIN sasaran Manchester United, Sergio Ramos akhirnya menamatkan segala spekulasi dengan menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun lagi untuk terus kekal di Real Madrid.

Berita itu turut mengakhiri helah Ramos sebelum ini yang berjaya memperdayakan semua pihak bahawa dia akan ke United dengan memberitahu kelab gergasi Sepanyol tersebut supaya melepaskannya.

Ramos, 29, dilapor cuba memperdayakan peminat bola sepak dunia dengan mendakwa ingin ke United demi mendapatkan tawaran lebih baik dalam lanjutan kontrak oleh Real.

United sebelum ini cuba mendapatkan Ramos dengan tawaran yuran pemindahan sebanyak £28.6 juta, namun ditolak oleh Real.

Old Trafford juga cuba menjadikan David De Gea yang dikehendaki oleh Real sebagai proses pembayaran.

Real enggan melepaskan Ramos kerana dia merupakan pemain senior selepas Iker Casillas meninggalkan pasukan berkenaan.

Kontrak baru Ramos akan tamat pada 2020 ketika pemain berkenaan berusia 34 tahun.

Real Madrid , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti