suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Henderson Lonjak Semangat Liverpool Dalam Kesakitan

Benteke meraikan jaringannya bersama dengan Henderson (kanan).

PENGURUS Brendan Rodgers mendedahkan pemain tengah Jordan Henderson terpaksa beraksi dalam keadaan kesakitan pada babak pertama ketika Liverpool menewaskan Bournemouth 1-0 di Anfield, awal pagi Selasa.

Henderson yang juga kapten Liverpool beraksi sehingga minit ke-51 dan mencipta peluang gol yang disempurnakan Christian Benteke.

Namun Rodgers mengakui masalah kakinya menjejaskan sesi latihan Henderson sepanjang minggu lalu.

Malah kesakitan itu semakin teruk sehingga memaksa Henderson dikeluarkan selepas minit ke-52.

"Dia ada masalah di bahagian bawah kakinya. Dia tidak dapat berlatih dengan sempurna sepanjang minggu lalu.

"Dia terpaksa dikeluarkan. Anda dapat melihat pergerakannya agak terbatas.

"Namun dia beraksi cemerlang di atas padang tetapi adalah lebih penting menurunkan pemain yang cergas dan malangnya kesakitan itu mulai dirasainya," kata Rodgers.

Henderson digantikan pemain Emre Can yang diturunkan buat kali kedua dari bangku simpanan.

Liverpool, satu daripada empat pasukan yang memenangi dua aksi awal Liga Perdana Inggeris, akan berkunjung ke Arsenal pada Isnin depan.

The Reds kini menduduki tangga ketiga dengan enam mata selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut.

Turut berkongsi mata dengan Liverpool adalah Manchester City, Leicester City dan Manchester United.

Jordan Henderson, Liverpool

Artikel Lain