suria

Penjaga Gol Man United Nafi Sergio Aguero Pernah Meniduri Isterinya

PENJAGA gol Manchester United, Sergio Romero menafikan bahawa Sergio Aguero pernah meniduri isterinya, Eliana Guercio.

Penjaga gol uatama United itu membuat penafian berkenaan kepada sebuah saluran televisyen selepas Eliana didakwa pernah bersama penyerang Argentina berkenaan.

Romero dan Aguero merupakan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Argentina.

Romero yang diikat United pada musim ini turut menafikan bahawa dia bermusuhan dengan Aguero selepas kejadian tersebut sejak 2006.

Romero berkahwin dengan Eliana pada 2008 iaitu tahun yang sama Aguero mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona.

Perkahwinan Romero masih kekal sehingga kini dengan dikurniakan dua cahaya mata manakala usia rumah tangga Aguero hanya bertahan selama setahun.

"Saya mempunyai isteri yang hebat dan keluarga terbaik. Tidak baik apabila seseorang bercakap sesuatu seperti ini.

"Saya juga berkawan dengan Aguero sejak 10 tahun lalu, bayangkannya. Dengar...kami adalah kawan," kata penjaga gol berusia 28 tahun itu.


Artikel Lain