suria

Juara Piala Sumbangsih Arsenal Tewas Kepada West Ham

Pemain-pemain Arsenal kecewa selepas tewas di laman sendiri kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad malam.

JUARA Piala Sumbangsih Arsenal, gagal mengekal rentak selepas tewas mengejut 2-0 kepada West Ham pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris yang berlangsung Ahad malam.

Kunjungan West Ham ke Stadium Emirates digunakan sepenuhnya apabila Cheikhou Kouyate dan Mauro Zarate menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-43 dan 57'.

Kesilapan penjaga gol The Gunners, Petr Cech yang membuat penampilan sulung dalam aksi liga selepas berpindah dari Chelsea memaksa skuad kendalian Arsene Wenger ini berputih mata tanpa sebarang mata.

Biarpun pada babak pertama Arsenal menguasai permainan malah dilihat mempunyai peluang mencari gol melalui Oliver Giroud, Santi Cazorla dan Aaron Ramsey, namun pemain-pemain pelawat ternyata lebih pantas mengekang serangan tuan rumah.

West Ham yang dibimbing pengurus Slaven Bilic berjaya mengekalkan dua jaringan sehingga wisel penamat.

Senarai pemain:

Arsenal: Cech, Debuchy (Sanchez 67), Mertesacker, Koscielny, Monreal, Coquelin (Walcott 58), Cazorla, Ramsey, Ozil, Oxlade-Chamberlain, Giroud

West Ham: Adrian, Tomkins, Reid, Ogbonna, Cresswell, Oxford (Nolan 79), Noble, Kouyate, Payet, Zarate (Jarvis 63), Sakho (Maiga 89)

Arsenal, West Ham

Artikel Lain