suria

KL Grand Prix: Kejuaraan Berganda Mostert

Mostert (depan) meraih kemenangan kedua dalam acara V8 Supercars Street Challenge pada Ahad.

KUALA LUMPUR:  Pelumba Australia, Chaz Mostert meraih kemenangan kedua dalam acara V8 Supercars Street Challenge pada perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala Lumpur City pada Ahad.

Pelumba pasukan Pepsi Maxx Crew itu menamatkan perlumbaan 11 pusingan dengan catatan masa 16 minit 15.327 saat. Semalam, Mostert menjuarai perlumbaan itu dengan masa 16:12.920s.

Pelumba muda itu juga merakamkan masa terpantas sepusingan iaitu 1:26.067s pada pusingan ke-10. Mengekori hanya 1.042 saat di belakang ialah pemandu New Zealand, Scott McLaughlin daripada pasukan Volvo Polestar Racing, manakala juara tiga kali V8 Supercars, Craig Lowndes daripada Red Bull Racing Australia berada di tempat ketiga dengan catatan masa 16:17.186s.

Chaz Mostert, KL Grand Prix

Artikel Lain