suria

Terbuka KL Beri Ruang Kepada Azizulhasni Kumpul Mata Ke Rio

KUALA LUMPUR: Kejohanan Berbasikal Terbuka Kuala Lumpur menjadi medan untuk pelumba negara Azizulhasni Awang mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, tahun depan.

Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata kejohanan itu penting bagi pelumba yang lebih dikenali dengan nama 'The Pocket Rocket Man' untuk mengukuhkan kedudukannya dalam acara pecut.

Beliau berkata Azizulhasni kini berada pada kedudukan 34 dengan mengumpul301 mata dalam Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Azizulhasni, sekurang-kurangya perlu berada di kedudukan ke-32 dunia dalam acara pecut untuk layak ke Sukan Olimpik.

"Azizulhasni sekarang masih lagi kurang mata untuk layak ke Sukan Olimpik dalam acara pecut. Kalau Azizulhasni cemerlang di Kejohanan Terbuka Kuala Lumpurnanti, beliau akan melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Itali.

"Di situ (Itali) jika beliau menang lagi, mata akan bertambah dan secaramatematik beliau layak ke Sukan Olimpik," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Abu Samah berkata penyertaan pasukan lain di kejohanan Terbuka Kuala Lumpur dihadkan daripada negara-negara dominan acara sukan basikal bagi memberi laluan kepada pelumba negara mengumpul mata Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 22 Ogos ini di Velodrom Cheras, di sini.

"Kejohanan ini akan beri faedah kepada pelumba negara. Kalau kita jemput banyak negara (pasukan yang kuat), kita tidak jadi juara, pelumba negara tidak dapat mengumpul mata. 

"Esok kami akan mengadakan mesyuarat dengan beberapa agensi kerajaan tentang penggunaan trek di velodrom itu. Kerja paling utama sekali ialah membersih velodrom itu," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh, Abu Samah berkata PKBM juga tidak berkemampuan untuk membantu membaik pulih velodrom tersebut disebabkan kekangan kewangan yang melanda persatuan.

"PKBM sekarang pun tidak mempunyai dana, sekarang kita kena mencari dana macam mana mahu tadbir urus persatuan.

Sejak tahun lepas PKBM tiada dana sehingga kini.

"Perbelanjaan urus persatuan menelan belanja RM35,000 sebulan. Kalau mahu kami (PKBM) untuk bantu Velodrom Rakyat Ipoh itu memang tidak boleh sebab persatuan ini (PKBM) sendiri tidak terurus," katanya.

Azizulhasni Awang

Artikel Lain