suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukma Sarawak: Kelantan Tidak Hantar Pasukan Bola Sepak Dan Hoki

Ahmad Jazlan Yaakob

KOTA BAHARU: Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan mengambil keputusan untuk tidak menghantar pasukan bola sepak dan hoki negeriitu menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak tahun depan. 

Bekas pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata keputusan itu dibuat berikutan kos yang tinggi dan kekangan kewangan yang dialami MSN Kelantan pada masa ini. 

"Oleh kerana sumber kewangan yang terhad, MSN Kelantan terpaksa mengambil langkah penjimatan dengan tidak membawa pasukan bola sepak dan hoki ke Sukma di Sarawak tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi MSN Kelantan yang baharu iaitu Datuk Rosmadi Ismail di pejabat MSN Kelantan, di sini, Ahad. 

Turut hadir Pengarah MSN Kelantan, Datuk Mohammad Noordin Awang dan Penasihat MSN Kelantan, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.  

Ahmad Jazlan melepaskan jawatan Pengerusi MSN Kelantan yang disandangnya sejak lapan tahun lepas, selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Beliau berkata bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu akan disenarai kembali dalam kontinjen negeri jika ada penajaan daripada mana-mana pihak lain, termasuk kerajaan negeri. 

Ahmad Jazlan berharap kerajaan negeri dapat memberi sokongan sewajarnya kepada atlet-atlet negeri kerana mereka terbukti mampu menyumbang pingat termasuk pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini. 

Sementara itu, Rosmadi mengajak pegawai MSN Kelantan dan jurulatih serta pemimpin dan aktivis sukan negeri itu memberi sokongan kepada usaha agensi itu memajukan kecemerlangan atlet. 

Katanya, pelaksanaan program pembangunan sukan yang dirancang oleh MSN Kelantan berjaya mengetengahkan banyak atlet berbakat dalam pelbagai kejohanan termasuk Sukma.

Sukma Sarawak, Kelantan

Artikel Lain