suria

Radamel Falcao Azam Pulihkan Mimpi Ngeri Di Man United

RADAMEL Falcao berazam untuk membuktikan kemampuan dirinya dan membantu Chelsea mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Penyerang Colombia itu juga mahu membersihkan reputasi yang tercalar ketika mewakili Manchester United apabila hanya mampu menjaringkan empat gol daripada 29 penampilan.

Ketua pasukan Chelsea, John Terry dan jurulatih, Jose Mourinho yakin Falcao mampu menggantikan peranan Diego Costa yang mengalami kecederaan ketika diturunkan dalam perlawanan pertama liga menentang Swansea pada Sabtu ini.

"Di sini lebih banyak cabaran berbanding tempat lain di Eropah.

"Ianya liga yang sangat kompetitif kerana setiap pasukan sering melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan," katanya menerusi Chelseafc.com.

Falcao juga mendakwa telah mengenali rakan sepasukan dengan baik ketika mengikuti skuad berkenaan dalam siri jelajah ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Manchester United

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain