suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angel Di Maria Akui Man United Tidak Sabar Mahu Menjualnya

ANGEL Di Maria mengakui Manchester United mahu menjualnya, lebih daripada keinginan dirinya untuk meninggalkan pasukan itu.

Mendedahkan perkara itu ketika bergelar pemain Paris Saint-Germain (PSG), Di Maria memberitahu, dia terpaksa ke Perancis kerana United begitu tidak sabar untuk menjualnya.

Pemain Argentina itu meninggalkan Old Trafford dengan yuran pemindahan sebanyak £46 juta pada Khamis selepas gagal melaporkan diri ke kem latihan United di Amerika Syarikat (AS).

Ketika itu, pengendali United, Louis Van Gaal mengakui tidak tahu di mana Di Maria berada walaupun jurulatih PSG mendedahkan kepada umum bahawa pasukan berkenaan semakin hampir memiliki pemain berkenaan.

Selepas urusan pemindahan tersebut selesai pada Khamis, Di Maria mendakwa United kini lebih selesa apabila dirinya tiada lagi di Manchester.

Artikel Lain