suria

Angel Di Maria Sarung Jersi No.11 PSG

Di Maria kini milik PSG.

ANGEL di Maria disahkan sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG) secara rasmi di laman Twitter kelab itu.

Pemain kebangsaan Argentina itu meninggalkan Manchester United untuk menyertai PSG dengan kontrak perpindahan bernilai 44.3 juta pound (RM268 juta).

Nilai perpindahan itu adalah jauh lebih rendah berbanding yang dicatatkan semasa ketibaannya di Old Trafford dari Real Madrid pada Ogos tahun lalu, iaitu sebanyak 59.7 juta pound (RM361.6 juta).

Pemain itu diperkenalkan kepada penyokong PSG dalam satu sidang media khas yang dijadualkan petang Khamis.

Gambar Di Maria dirakam semasa tiba di Qatar untuk melengkapkan perpindahannya ke PSG.

Di Maria hanya menjaringkan tiga gol dalam 20 aksi Liga Perdana Inggeris bersama United pada musim lalu.

Aksi hambarnya pada musim lalu menguatkan khabar angin beliau bakal meninggalkan United sejak beberapa hari lalu dengan PSG dilaporkan sebagai destinasi terbaharunya.

"Saya amat berbangga dan tidak sabar menyarung jersi PSG. Saya mahu menang dalam setiap perlawanan yang kami sertai sama ada di Perancis dan Eropah.

Jersi No.11 milik Di Maria.

"Saya mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua yang menjadi impian setiap pemain bola sepak. Kami akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang trofi itu ke Perancis dan penyokong PSG," kata Di Mara dalam kenyataan di laman web kelab itu.

Terdahulu, pada petang Khamis, United mengesahkan Di Maria melengkapkan perpindahan ke Perancis.

Di Maria menyarung jersi PSG bernombor 11.

Angel Di Maria, PSG

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain