suria

Satu Lagi Musim Kecederaan Yang Panjang Buat Jack Wilshere

Jack Wlshere cedera buku lali lagi...

PEMAIN tengah Arsenal dan England, Jack Wilshere terpaksa menerima hakikat yang dia akan melalui satu lagi proses pemulihan dari kecederaan yang panjang selepas imbasan mendapati terdapat retakan halus pada kaki kirinya.

Arsenal menjangkakan untuk memperolehi diagnosis yang muktamad menjelang hujung minggu ini.

Kecederaan seperti ini mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk pulih sepenuhnya.

Seandainya pemain berusia 23 tahun itu terpaksa melalui proses pembedahan ini bermakna dia terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan.

Berita ini ternyata mengecewakan Wilshere, yang Mei lalu baru sahaja kembali dari satu lagi kecederaan yang panjang iaitu selama lima bulan kerana koyak otot pada buku lali.

Dalam tempoh lima tahun sejak menjadi pemain pro, Wilshere telah mengalami kecederaan pinggul, otot kaki dan kecederaan belakang tetapi sebahagian besar kecederaan yang sering dialaminya ialah pada buku lali.

Keseluruhannya jika dicampurkan dia telah kehilangan tempoh dua tahun akibat kecederaan.

BERIKUT ADALAH SEJARAH KECEDERAAN JACK WILSHERE:

> Oktober 2009 - buku lali (tidak dapat bermain lima minggu)

> Januari 2010 - Otot kaki (lima minggu)

> November 2010 - kecederaan belakang (dua minggu)

> Ogos 2011 - buku lali (14 bulan)

> Februari 2013 - pinggul (seminggu)

> Mac 2013 - buku lali (empat minggu)

> Mei 2013 - buku lali (tujuh minggu)

> Oktober 2013 - buku lali (dua minggu)

> Januari 2014 - buku lali (dua minggu)

> Mac 2014 - buku lali (dua bulan)

> Oktober 2014 - buku lali (dua minggu)

> November 2014 - buku lali (lima bulan)

> Ogos 2015 - buku lali (dua bulan)


Jack Wilshere, Arsenal, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Grand Prix KL

Artikel Lain