suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khidmat Jurulatih Luar Tak Perlu - Khairy

KOTA KINABALU: Pengambilan khidmat jurulatih luar semata-mata bagi meningkatkan corak prestasi permainan pasukan bola sepak negara adalah tidak perlu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, meskipun sekiranya khidmat jurulatih luar digunakan dalam membentuk pasukan bola sepak yang kuat namun perkara itu belum tentu menjamin perubahan pada corak permainan pasukan negara.

Katanya, peningkatan prestasi permainan negara mungkin boleh dilihat sekiranya pasukan bola sepak sedia ada bersara dan diganti dengan pemain-pemain muda baharu.

"Cara mereka (pasukan sekarang) bermain hambar. Kita tunggu mereka bersara baru kita bina pasukan baharu dari kalangan Harimau Muda," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Artikel Lain