suria

Isteri Chong Wei Selamat Lahir Anak Kedua

Gambar Chong Wei bersama isteri dan anaknya yang dimuat naik di laman Facebooknya.

PETALING JAYA: Isteri jaguh badminton No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo selamat melahirkan anak lelaki kedua pasangan tersebut pada Khamis.

Chong Wei memuat naik gambar bersama isteri dan anak keduanya di laman sosial Facebook dan Twiiter.

Starsport melaporkan anak lelakinya itu yang diberi nama Terence Lee dilahirkan kira-kira pukul 4.38 petang.

Anak pertama Chong Wei, Kingston Lee dilahirkan pada 12 April 2013 di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang.
Lee Chong Wei, Wong Mew Choo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain