suria

Norza Minta Kim Her Terus Latih Pemain Negara

Kim Her (kiri) bersama pemain-pemain beregu campuran ketika sesi latihan sebelum ini.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria meminta Tan Kim Her terus menjadi jurulatih skuad beregu campuran negara.

Kim Her,44, yang meraih pernah pengalaman kejurulatihan di England dan Korea Selatan pada tahun 2005-2010 dipercayai mendapat tawaran penjanjian kontrak lumayan untuk menyertai Persatuan Badminton India (BAI).

Bagaimanapun Norza percaya Kim Her yang pernah menjadi ketua jurulatih beregu kebangsaan 2011-2013, perlu berada di sini bagi membantu meningkatkan standard pemain-pemain negara.

"Saya baharu mengetahui perkara itu dan difahamkan dia telah bertemu Morten Frost (pengarah teknikal BAM) dan mempertimbangkan tawaran itu," jelas Norza.

"Saya rasa dia patut berada di sini dan bekerja bersama Morten bagi memastikan pemain Malaysia berada di tahap tertinggi,

"Tetapi saya tidak bimbang mengenai jurulatih kita yang mendapat tawaran lebih baik. Mereka tetap akan dapat tawaran dari kelab atau pasukan lain.

"Pun begitu, BAM telah membuat tawaran yang lebih baik kepada semua jurulatih."

Sekiranya Kim Her menerima tawaran tersebut, ini bermakna dia akan menjadi jurulatih kelapan yang meninggalkan skuad kebangsaan.

Pada Mei lalu, Rashid Sidek dan Rosman Razak keluar BAM dan menyertai Sports Affairs manakala He Guo Quan yang pernah menjadi jurulatih Lin Dan ketika remaja turut berbuat demikian dan menyertai Purple League.

Sementara itu pada Januari lalu, Zhou Kejian, Chong Kien Ling, Poh Cahi Boon dan Chin Tze turut meletak jawatan sebagai jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS).

Tan Kim Her

Artikel Sebelum

Artikel Lain