suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Nafi Pil Tambahan Dari Rosmah

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberinya pil tambahan Cordyceps yang dicemari dengan bahan terlarang, dexamethasone.

Tiga anggota panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata dalam satu kenyataan bahawa, "Pada sekitar tahun 2005, atlet berkawan dengan isteri seorang yang sangat berpengaruh di Malaysia. Pada sekitar 2007 atau 2008, wanita ini memberikan Cordyceps tulen miliknya".

Dipercayai bahawa wanita berkenaan adalah isteri kepada seorang pemimpin MCA yang telah bersara.

Wanita itu telah membeli Cordyceps dalam bentuk mentah, diproses dan diletakkan di kedai yang sama di Kuala Lumpur.

Beliau kemudian mula menghantar kapsul itu kepada Chong Wei secara tetap sebagai hadiah.

"Orang yang memberikan kapsul tambahan tradisional China ini merupakan rakan baik dan rapat dengan saya. Dia bermaksud baik. Saya tidak boleh mendedahkan namanya.

"Saya boleh mengesahkan bahawa dia bukan Datin Seri Rosmah. (penaung Persatuan Badminton Malaysia)," kata Chong Wei.

Chong Wei telah digantung selama lapan bulan selepas kapsul cordyceps itu dicemari dengan bahan dexamethasone yang diharamkan.

Disebabkan oleh "kecuaian ringan", panel mengira tarikh penggantungan Chong Wei bermula 30 Ogos 2014 dan boleh kembali beraksi bermula 1 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Lain