Kes Chong Wei: BAM Berhubung Dengan BWF Dapatkan Keputusan - Sukan | mStar

Kes Chong Wei: BAM Berhubung Dengan BWF Dapatkan Keputusan

PUTRAJAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah berhubung dengan pihak Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mendapatkan keputusan kes doping Datuk Lee Chong Wei sebelum tempoh tiga minggu seperti yang ditetapkan.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata sekira dibenarkan, pihaknya mahu Chong Wei beraksi dalam dua acara sukan utama iaitu kejohanan Piala Sudirman dan Sukan SEA.

"Kita akan ambil inisiatif agar kita tidak perlu tunggu sehingga tiga minggu. Kita semua sudah jalankan tanggungjawab sediakan pembelaan terbaik untuk Chong Wei...lepas itu hanya harap segala pembentangan dan hujah yang dinyatakan beri kesan positif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Persidangan Antarabangsa Perubatan Sukan dan Sains di sini Selasa malam.

Persidangan bermula Isnin hingga Khamis itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Pada 11 April, jaguh perseorangan negara itu menghadiri prosiding kes dopingnya yang didengar tiga anggota panel BWF di Amsterdam dan keputusan bakal diketahui dalam tempoh tiga minggu.

Chong Wei, 33, digantung sementara oleh BWF sejak 11 Nov 2014 selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, pada Ogos tahun lalu.

BAM , BWF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain